Monday, 30 May 2011

The Desire of Organic machine

Salam semua...tiba2 terlintas di fikiran saya untuk menulis tentang satu anime ini. Oops!!!! saya tau mesti ada yang dah mula berkata 'apa die ni mcm dak kecik je nk cter anime plak','hmm bosanla anime kita da besar cuba tgk cter yg adventure sikit ntah pape','die ni mesti pminat fanatik anime'...jangan anda berfikiran begitu anime adalah sejenis bentuk animasi atau kartun yang muncul dari negeri matahari terbit iaitu Jepun. Selalunya sebelum muncul anime, akan wujud komik ataupun dipanggil manga. http://mangastream.com/ yang ni link manga http://www.gogoanime.com/ dan yang ini anime anda boleh klik,buka, dan tengok.

Ya!!! saya tidak nafikan bahawa banyak anime yang mengarut dan tidak masuk akal namun tidak semua....tidakkah anda tau kehendak manusia atau sasaran manusia selalunya di 'visualkan' melalui anime dan hari ni saya akan bagi contoh mengenai dua anime kang tak muat plak nk tulis kalau banyak2 anime iaitu Fullmetal Alchemist Brotherhood dan Gundam 00. Mungkin ada di antara anda pernah dengar dan ada yang tidak. Dua2 anime ini bukan sebarang anime sedikit intipati mengenai Fullmetal Alchemist Brotherhood: Anime ini mengisahkan 2 orang adik beradik yang telah cuba untuk menghidupkan kembali ibu mereka yang telah meninggal dunia tetapi malangnya salah seorang dari mereka iaitu abang kepada dua beradik ini telah kehilangan sebelah kaki dan sebelah tangan manakala adik nya telah kehilangan seluruh anggota badan dan rohnya telah di muat turun dalam satu baju besi zaman perang dahulu kala. Jadi, kedua2 mereka ini ingin mendapatkan kembali anggota badan mereka terutama adik yang telah kehilangan seluruh anggota badan.

Yang ini ialah salah satu contoh 'transmutation circle' yang digunakan dalam 'human sacrifice bagi mencipta 'philosopher stone' mungkin ia hanyalah mitos dan mungkin juga benar. Yang ini pun ada dalam anime tersebut.

Apa yang menarik tentang anime ini ialah.....cerita ini berkait rapat dengan konsep sains dan juga tuhan dimana alchemy atau sejenis 'protoscience' atau 'ancient science' sering disalah guna  menyebabkan wujudnya usaha untuk mencipta 'artificial human' dan menghidupkan semula manusia. Alchemy ada bermacam macam jenis ada alchemy china,alchemy Islam dan lain2.http://www.levity.com/alchemy/ rujuk laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut. Kalau anda malas rujuk encik Wikipedia. Alchemy menjadi penunjuk arah kepada pembangunan chemistry hinggalah sekarang. Fuhhhh...baru satu anime....jadi pengajaran yang terdapat dalam anime ini ialah sejauh mana pon kita belajar tentang sains tinggi mana pun ilmu kita INGAT!!!!!! manusia yang mati tidak boleh dihidupkan balik hanya Allah S.W.T yang maha kuasa menghidupkan dan mematikan begitu juga dalam mencipta manusia. Dan satu lagi yang menarik dalam anime ini ialah mengenai 'automail' atau penciptaan anggota badan manusia menggunakan mekanikal mesin.Hmm kalau di aplikasikan dapat membantu ramai orang yang kemalangan dan ia nampak lagi simple dan kemas berbanding kaki palsu sebagai contoh, yang ada pada zaman sekarang. Konsep 'immortality' yang dijelaskan dalam anime ini amatlah baik untuk minda kita kerana kekebalan atau tidak mati sebenarnya tak seronok pon......kalau anda nk tau kenapa tgklah anime ini tak pun cerita lain yang ada konsep sebegini.

Namun awas!!!!! anime macam ini baik jika anda berfikir pada jalan yang betul tapi ia juga boleh menjadi tidak baik jika anda salah dalam mentafsirkannya....sebagai contoh ada unsur2 mitos dan mungkin juga ada unsur freemason dalam anime ini mungkin anda boleh buat research. Jadi saya harap kita sama2 buka minda dengan benda yang ada disekeliling kita mungkin kita nampak macam ringan dan remeh tapi impak pada pemikiran amatlah besar. Hmmmm berkenaan 'Gundam' saya akan sambung pada penulisan saya yang seterusnya.....jadi fikir2 lah.....its just easy just being the true nature of organic machine and dont intend to against it!!!! chow wassalam 797.

Hai2 salam bicara dan perkenalan kepada semua manusia,homo sapien,human,mankind atau 'organic machine'

Mungkin bermacam macam idea atau perkara bermain di fikiran anda tatkala singgah di blog yang masih tiada sawang pun lg.....orang kata masih baru dan tidak calar....memang saya tidak nafikan ada yang terdetik di hati mereka 'ish terok gler blog ni mcm seram je','rasa semacam plak bila tengok blog ni'....haha tidak mengapa biasalah fitrah manusia yang penuh dengan anggapan dan prasangka.

Hmmm sebenarnya blog ni dibuat untuk berkongsi ilmu dan pendapat tidak kiralah tentang apa pun. Jadi, tentang background dan 'environment' blog ini ianya hanyalah bertujuan untuk menarik anda ke sini kata orang mainan psikologi. Jadi, saya berharap lagi-lagi golongan remaja termasuk diri saya sendiri  akan dapat membuka minda dalam memperoleh ilmu menerusi blog saya ataupun blog anda. Ingin saya nyatakan di sini saya juga golongan remaja seperti anda tapi!!! saya tidak berminat hendak jadikan blog ini sebagai diari 'elektronik' bagi memberitahu semua perihal aktiviti seharian saya....

InsyaAllah,,,saya akan jadikan blog ini sebaik mungkin untuk kita semua bertukar tukar pendapat dan INGAT!!!!!!! tidak ada menang atau kalah dalam perbincangan dan perkongsian pendapat terpulanglah kepada anda masing-masing sama ada mahu terima atau pun tidak...Disebabkan saya masih lagi baru dalam dunia blog ataupun dunia penulisan elektronik saya harap anda semua dapat memberikan tunjuk ajar dan nasihat. Akhir kata, maafkan saya jika saya terlalu formal. Mungkin saya berasa diri ini kerdil dengan medium penulisan baharu dan agak janggal baru pertama kalinya dalam ruangan ini.

Mungkin untuk penulisan yang seterusnya saya tidak akan bersikap terlalu formal nanti orang kata kita ni macam kayu pula semua nak skema dengan terlalu menjaga formaliti....sekian salam bicara dan perkenalan melalui perbincangan yang sihat tanpa perbalahan......that is the true nature of organic machine,,,chow,wassalam 797